Tuesday 1 April 2014

TREENEA VCOA FAQ - Bagaimana Minyak Kelapa Dara Membantu | Kebaikan Treenea VCOA

FAQ - Bagaimana Minyak Kelapa Dara Membantu


1) SAKIT JANTUNG

i. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea dapat mencegah daripada sakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu baik (HDL) dan jahat (LDL). HDL adalah salah satu yang baik untuk kesihatan. Kebanyakan orang tidak tahu, kesan lemak tepu terhadap peningkatan kolestrol jahat adalah tidak dapat dibuktikan.

Minyak Kelapa Dara Treenea meningkatkan tahap HDL dan membantu merendahkan tahap LDL yang sebenarnya dapat membersihkn arteri yang tersumbat & melindungi jantung.

*Pengambilan Minyak Kelapa Dara Treenea yang konsisten & berterusan sangat digalakkan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.


2) BERAT BADAN

i. Bukankah semua jenis minyak boleh menyebabkan kegemukan?

Kebanyakan lemak yang diambil melalui pemakanan akan terus diserap ke dalam saluran darah dan dibawa seluruh badan. Minyak tersebut boleh mengundang kepada masalah kegemukan. 

Sebaliknya kepada Minyak Kelapa Dara Treenea. Ianya mudah dihadam, mudah terurai dan terus dibawa ke hati. Lemak tersebut tidak disimpan didalam hati tetapi disalutkan kepada hati untuk membekalkan tenaga segera. Ianya dibakar dengan cepat (seperti karbohidrat) untuk menjana tenaga segera.

*4 softgel Minyak Kelapa Dara Treenea mampu membekalkan anda tenaga sepanjang hari!

ii. Bagaimanakah Minyak Kelapa Dara Treenea dikatakan pembekal tenaga segera?

Kerana kebolehannya untuk menyerap ke dalam tubuh dengan kadar segera, Minyak Kelapa Dara Treenea berfungsi sebagai sumber tenaga segera untuk tubuh. Minyak kelapa dara mudah diserap oleh tubuh membantu kita menyimpan tenaga dan membantu system penghadaman bertindak dengan lebih efektif.

Minyak kelapa dara adalah terdiri daripada asid lemak berantai sederhana (MCT) yang meningkatkan kadar metabolisme dan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak dan seterusnya membakar lebih banyak lemak.

*Pengambilan 4 kapsul Minyak Kelapa Dara Treenea setiap hari dapat memberikan anda kecergasan & lebih bertenaga.


3) ANTIOKSIDAN

i. Mengapa badan manusia memerlukan Antioksidan?

Antioksidan merupakan zarah yang meneutralkan radikal bebas & menjadikannya tidak berbahaya kepada tubuh.Kajian menunjukkan diet yang tinggi kandungan antioksidan seperti Vitamin A, C, E & Beta Carotene dapat mengurangkan risiko stroke, penyakit hati serta pelbagai penyakit berbahaya yang lain.

*Disarankan untuk mengamalkan Minyak Kelapa Dara Treenea secara konsistent & berterusan untuk mendapatkan sumber Anti-oksidan secara optimum.

ii. Mengapakah radikal bebas begitu bahaya kepada manusia?

Kerosakan sel boleh berlaku apabila terdedahnya kita kepada radikal bebas seperti asap rokok, pencemaran udara,bahan pencemaran, bahan aditif makanan, asap daripada bahan bakaran, alkohol, bakteria, virus, persekitaran, stress, olahraga berlebihan, luka, cemas dan kecederaan.

Hasil daripada kerosakan sel ini terjadinya pelbagai penyakit kronik seperti Stroke, Penyakit Hati, Kencing Manis, Darah Tinggi, Alzheimer, Penyakit Jantung, dan lain-lain.

*Minyak Kelapa Dara juga mujarab jika disapukan pada kulit yang sakit @ bermasalah.

iii. Bagaimanakah Minyak Kelapa Dara Treenea membantu masalah radikal bebas?

Adanya kandungan Antioksidan secara semula jadi di dalam Minyak Kelapa Dara serta tambahan Vitamin E menjadikan Minyak Kelapa Dara Treenea kaya Antioksidan dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit berbahaya akibat radikal bebas.

Vitamin A dan E dipercayai sebagai ejen Antioksidan mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas. Minyak Kelapa Dara Treenea diformulasi untuk membantu setiap golongan dalam mencapai kesihatan yang maksimum.

*Amalkan pemakanan yang kaya Antioksidan seperti Minyak Kelapa Dara Treenea dapat membantu mengurangkan risiko yang disebabkan radikal bebas. 


4) TIROID

i. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea dapat mengurangkan masalah TIROID?

Minyak Kelapa Dara Treenea dapat membantu masalah tiroid dengan meningkatkan kadar metabolisma & seterusnya meningkatkan hormon tiroid dan mengaktifkan metabolisma badan.

Apabila kelenjar tiroid tidak aktif, menjadikan kadar metabolisma badan menurun saterusnya memberi kesan kepada kekurangan tenaga yang boleh meningkatkan berat badan.

*Disarankan untuk anda mengambil 4 sudu cecair Minyak Kelapa Dara Treenea setiap hari bagi merawat tiroid. 


5) KOLESTEROL

i. Bukankah Minyak Kelapa Dara mengandungi kolestrol?

Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu baik (HDL) & jahat (LDL). Minyak Kelapa Dara mengandungi kolestrol baik (HDL).Analisis saintifik menyatakan kolestrol yang terdapat di dalam santan kelapa adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan lemak daripada sumber lain terutamanya haiwan.

ii. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea membantu menurunkan paras kolestrol jahat (LDL) dalam darah?

Minyak Kelapa Dara Treenea membantu merendahkan paras kolestrol jahat dengan meningkatkan lagi paras kolestrol baik (HDL) di dalam darah. Kandungan bahan aktif seperti phospholipids & plant sterol terbuktimampu merendahkan paras kolestrol jahat (LDL). Plant sterol membantu mengelakkan resapan kolestrol di dalam usus manusia. 

*Disarankan untuk mengamalkan Minyak Kelapa Dara Treenea secara berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan berturut - turut.

6) KENCING MANIS

i. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea membantu masalah kencing manis?

Minyak Kelapa Dara Treenea membantu dengan menggalakkan rembesan insulin daripada pankreas & seterusnyamengawal kencing manis.

Antioksidan yang terdapat didalam Minyak Kelapa Dara Treenea memainkan peranan penting dalam meningkatkan tindak balas insulin terhadap glukosa.

Antioksidan meningkatkan kepekaan kepada insulin & mengurangkan kecederaan kepada sel pankreas dengan memerangkap spesies oksigen yang reaktif (ROS).

ii. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea membantu merawat luka kencing manis?

Lazimmya, antibiotik diberikan untuk merawat luka pesakit kencing manis. Tujuannya adalah untuk membunuh bakteria pada luka tersebut. Ciri Minyak Kelapa Dara Treenea yang anti-bakteria, anti-kulat & anti-viral menjadikan ia minyak terbaik dalam merawat luka kencing manis dimana ia dapat menggantikan krim antibiotik!

“Minyak Kelapa Dara adalah bahan semulajadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih baik berbanding krim antibakteria & antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran.”
(Dr. Kamariah Long, Timbalan Pengarah Program Bio-Pemprosesan MARDI)

*Luka kencing manis dapat dikurangkan yang dibuktikan oleh testimoni Treenea dimana ianya disapu pada bahagian luka tersebut.

7) SEMBELIT

i. Bagaimana Minyak Kelapa Dara Treenea membantu mencegah dan merawat sembelit?

Minyak kelapa dara Treenea membantu mencegah dan merawat sembelit kerana ia berserat dan bertindak membersihkan usus dengan amat berkesan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme membolehkan tubuh badan memecahkan makanan dengan lebih cepat. Ini membawa kepada pembuangan air besar secara konsisten dan pengurangan berat badan.

Minyak kelapa dara Treenea juga merupakan anti -bakteria , anti -kulat, dan agen anti- virus. Asid lemak yang ditemui dalam minyak kelapa dara juga boleh meningkatkan sistem imun dan melengkapkan sistem tubuh untuk melawan bakteria, penyakit dan jangkitan lain.

*Dicadangkan untuk anda mengambil Minyak Kelapa Dara Treenea dalam bentuk cecair untuk merawat sembelit. Kanak-kanak @ bayi yang mengalaminya juga boleh mengamalkan minyak ini.


8) JERAWAT

i. Adakah Minyak Kelapa Dara Treenea mampu merawat masalah jerawat secara berkesan?

Ya, Minyak Kelapa Dara Treenea mengandungi dua elemen penting yang menjadikan ia baik untuk merawat jerawat, iaitu Asid Laurik dan Asid Capric. Dengan adaanya dua elemen ini, Minyak Kelapa Dara Treenea adalah secara semula jadi bersifat anti-bakteria, anti-virus, anti kulat, dan anti-mikrob.

Asid laurik berkesan terhadap bakteria yang dikaitkan dengan jerawat (P. acnes). Itulah sebabnya ia semakin dikenali sebagai penawar semulajadi untuk jerawat. Malah, kandungan Asid Laurik yang tinggi hanya terdapat secara semulajadi di dalam minyak kelapa dara dan dalam susu ibu.

Pengambilan yang berterusan dapat membantu merawat dalaman badan yang seterusnya turut membantu dalam mengurangkan jerawat secara berkesan.

*Amalkan 4 kapsul Minyak Kelapa Dara Treenea dan amalkan secara berterusan. Sekurang-kurangnya amalkan selama 3-6 bulan.


9) TUMIT PECAH

i. Adakah Minyak Kelapa Dara Treenea boleh merawat tumit pecah?

Ya. Minyak Kelapa Dara Treenea mampu memulih dan memperbaiki kulit yang rosak dan kering. Ia mengandungi khasiat penjanaan semula dan pelembap yang berperanan menyembuhkan pelbagai masalah kulit dengan menanggalkan sel-sel kulit mati.

Minyak Kelapa Dara Treenea akan meresap ke lapisan bawah kulit dan menguatkan lapisan tisu tersebut. Kulit akan menjadi lembut dan amat berkesan terhadap tumit pecah.

*Amalkan penyapuan Minyak Kelapa Dara pada tumit merekah bagi membantu merawat kulit bahagian tersebut.


10) RAMBUT & KULIT

i. Adakah Minyak Kelapa Dara Treenea baik untuk kulit dan rambut?

Minyak Kelapa Dara Treenea adalah pelembap yang terbaik untuk kulit dan rambut. Ia mengandungi kandungan Vitamin E, yang bersifat sebagai pelindung daripada sinaran cahaya matahari, mengurangkan penyerapan toksin dan racun melalui kulit kita.

*Gunakan Minyak Kelapa Dara Treenea jenis cecair untuk menyapu pada rambut dan kulit. Selain sebagai pelembap, ia juga sesuai untuk dijadikan losyen badan.

60 biji softgel VCOA (1 bulan)
180ml liquid VCOA

HARGA: RM40 / RM43 (Sabah & Sarawak)

contact dee
019-2605548
*** AGEN DIPERLUKAN SEGERA***

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen ye ;)